MC2

Menjelaskan "Matter is made of Energy" E = MC2

Pengkaji/Penulis: Khalid Yong email: khalidyong@gmail.com
Pendahuluan
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin, para mujahid, para alim-ulama, para guru/ustaz, dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dengan izin Allah SWT kita dapat berjumpa lagi. Pada siri yang lepas kita mengkaji ayat An-Nahl 16:81 yang menjelaskan Allah SWT telah melengkapkan nikmatNya kepada manusia iaitu ilmu pertahanan sel-sel badan dan minda dari pelbagai ancaman halus, ancaman “ghaib”, ancaman peringkat sub-atomik, peringkat gelombang, peringkat gelombang elektromagnetik, pelbagai radiasi dan sebagainya.
Oleh kerana kita mengkaji ayat-ayat Quran dari perspektif ICT, maka kita mengkaji dengan menggunakan metod “Al-Quran bi Al-Quran”, maka untuk memahami kahendak ayat An-Nahl 16:81 ini, maka kita mesti mengkaji dan memahami ayat An-Nahl 16:48 (pada siri yang lepas) iaitu dengan menghubung atau menggabungkan ayat-ayat Quran sesama ayat-ayat Quran untuk menjana ilmu pengetahuan baru, petunjuk baru, hukum atau undang-undang baru, dan sebagainya.
Inilah yang dinamakan “Al-Quran” iaitu masdar dari perkataan “Qarana/Yaqrinu” yang bermakna “menggabungkan benda (seperti simbol, tanda, ayat, huruf, perkataan, konsep, dan sebagainya”. Atau dengan perkataan lain Al-Quran ialah satu pangkalan data yang amat canggih (an advanced multi-dimension relational database system – RDBMS), atau dalam bahasa ringkas ialah super-super computer!
Diagram Ringkasan
Di bawah ini saya ringkaskan apa yang telah kita bincang dan bahas (sejak blog ini dimulakan) dalam bentuk diagram atau postal agar ianya mudah dilihat nampak dan lebih jelas. Diagaram “Definition of Qur’an from Qarana/Yaqrinu” ini adalah menggabungkan atau menghubungkan atau mengaitkan ayat-ayat yang telah kita bincang sejak Nov 2009, iaitu sejak bermulanya “Siri Kajian Al-Quran”.
Maafkan saya kerana tidak sempat menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Diagram ini dibuat ketika saya membentangkan beberapa kertas kerja pada konferans antarabangsa yang bertajuk “To Think Outside The Box, Think Inside Al-Quran”. Saya fikir mungkin ianya tidak perlu diterjemahkan sebab kesemua ayat-ayat ini sudah dijelaskan dalam Bahasa Melayu dalam beberapa siri yang lepas.
Kaji dan perhatikan diagram ini baik-baik, dan lihat kehebatan dan kemukjizatan “Al-Quran” yang bersifat sebuah super computer, sebuah relational database system (RDBMS), dan cara bagaimana Al-Quran menjelaskan segala-galanya. Lihat bagaimana kehebatan Allah SWT memilih perkataan-perkataan agar ianya sentiasa sesuai dan boleh difaham di sepanjang zaman. Subhanallah!
Matter is Made of Energy: E = MC2
Pada siri yang lepas kita bincang tentang asal kejadian segala benda iaitu kejadian primer dan kejadian sekunder. Kita telah menganalisa dan memperincikan ayat An-Nahl 16:48 iaitu semua benda terhasil sebab adanya tenaga, atau “energy”, atau daya tarikan dan tolakan (daya magnet). Daya ini membolehkan terjadinya pelbagai jenis ikatan kimia (chemical bonding) seperti ionic bonding, covalent dan polar covalent dan sebagainya.
Pada ayat 16:48 ini Al-Quran menggunakan perkataan “dzilaalan” yang bermakna “bayang-bayang” atau dalam bahasa inggeris “cloud or shadow”. Cuba perhatikan Al-Quran telah menggunakan perkataan “Dzilaalan” (cloud) sejak 1,400 tahun yang lampau sedangkan para Saintis Barat hanya tahu menggunakannya sejak pada abad ke-20, Subhanallah!
Adakah Einstein mendapat idea E=MC2 dari Al-Quran? Atau memang umat Islam malas mengkaji Al-Quran (sebab Al-Quran telah memberi petunjuk tentang E=MC2)? Kenapa umat Islam tidak mahu bergembira dengan Al-Quran dan maseh berlagak pandai mahu mengumpul kitab-kitab lain sedangkan Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah lebih baik dari kitab-kitab lain yang sedang mereka kumpul (Yunus 10:58)?
Kalaulah Al-Quran boleh menjelaskan E=MC2 (matter is made of energy), boleh menjelaskan wireless communication, boleh menjelaskan pengaruh sublimal dan pelbagai fenomena yang mutakhir, maka tidakkah anda percaya dan yakin dengan janji Allah bahawa Al-Quran menjelaskan segala-galanya? Masihkan anda merasakan bahawa anda lebih pandai dari Allah SWT, anda lebih tahu dari Allah SWT, serta merasakan Al-Quran itu sebuah kitab umum, sebuah kitab yang tidak menjelaskan segala-galanya, kitab yang ada ayat-ayat yang meragukan?
Sebelum anda memberitahu kepada orang-ramai bahawa Al-Quran adalah kitab umum, kitab yang tidak menjelaskan cara-cara solat, cara-cara mandi jenazah, cara-cara buat budu, belacan, bergelak ketawa merendah-rendahkan dan memperlekehkan Al-Quran (tidak mahu bergembira dengan kitab Al-Quran), adakah anda sendiri pernah mengkajinya? Atau anda hanya membaca dari kitab-kitab tafsir dan terus membuat kesimpulan bahawa Al-Quran adalah kitab umum, bukan kitab yang menjelaskan dengan mendalam dan terperinci?
Quran = Super Computer = Highly Advanced Multi-Dimension Relational Database System
Sejak awal siri “Kajian Al-Quran” ini kita telah mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah super-super computer, dan cara untuk mengkaji dan menganalisa ayat-ayat Quran hanyalah dengan metod “Al-Quran bi Al-Quran”, hanyalah dengan method yang telah ditetapkan Allah SWT.
Cuba kaji dan analisa kenapa Allah SWT memberi nama kitab ini sebagai “Al-Quran”? Adakah Quran itu adalah masdar dari perkataan “qara-a/yaqra-u” (to read) atau dari perkataan “Qarana/Yaqrinu” (to conjoin things and be together). Lihat perkataan “conjoin” bermaksud “to relate”. Oleh kerana “relational database system (RDBMS)” belum wujud lagi ketika Al-Quran diturunkan (1400 tahun yang lalu), maka manusia pada ketika itu tidak faham apa itu computer system, apa itu database system, apa itu relational, apa itu compression, apa itu index, kekunci, dan sebagainya.
Para sahabat dan para taabiin tidak bersalah sebab mereka sudah buat apa yang terbaik, yang bersalah adalah kita sebab tidak mahu mengkaji ayat-ayat Quran, sebab ragu-ragu “Al-Quran menjelaskan segala-galanya”, tidak yakin dengan suruhan Allah SWT supaya umat Islam bergembira dengan Al-Quran dan Al-Quran itu adalah lebih baik dari kitab-kitab lain yang sedang mereka kumpul! ( Yunus 10:58).
Cuba lihat ayat Hud 11:1 kenapa Allah menyebut “Alif-Lam-Ra” iaitu huruf-huruf qat’i (huruf potong/huruf rengkas). Tidakkah ini merupakan simbol, merupakan tanda, merupakan kekunci, merupakan kod atau dalam bahasa Arab “ayat”. Kenapa digunakan perkataan “ayah (singular) atau ayat (plural)”, dan tidak “kalam” (perkataan), atau “jumlah/jumal” (ayat atau kalimat), dan sebagainya? Dan cuba kaji pada ayat 11:1 ini kenapa Allah mengatakan “uhkimat ayatihi” yang bermakna ayat-ayat atau tanda-tanda atau simbol-simbol yang dikukuhkan (signs or symbols that have been strengthened or solidified)! Tidakkah ini menjadi tanda bahawa Al-Quran itu adalah sebuah komputer yang diturunkan dalam bentuk sebuah buku dalam bahasa Arab?
Bagaimana Al-Quran yang hanya mengandungi kira-kira 6236 ayat boleh menjelaskan segala-gala? Bagaimana Al-Quran boleh sentiasa menjana ilmu-ilmu baru dan panduan hidup baru? Cuba lihat ayat 51:1-4, 16:48, 16:81, dsbnya bagaimana ianya boleh difahami pada zaman Nabi SAW, dan boleh difahami pada abad ke-20 untuk menjana ilmu-ilmu baru?
Maafkan saya kerana gemar mengulang-ulang perkara yang sama. Tetapi ini adalah perkara pokok, perkara amat penting, sebab hanya dengan Al-Quran sahaja umat Islam akan mendapat petunjuk, akan mendapat kegembiraan, akan mendapat kemenangan, dan yang lagi penting akan mendapat akidah dan keyakinan yang penuh, yang bulat, yang kamil, yang tidak tergugak terhadap keEsaan, keAgungan, dan Kekuasaan Allah SWT.
Anda cubalah kaji sendiri ayat-ayat yang telah saya kaji, semuanya jelas, terang dan terperinci. bukanlah saya tokok tambah dengan idea-idea saya sendiri (agar ianya nampak saintifik dan ICTifik), ianya memang jelas dari makna perkataannya sendiri, dari nahunya sendiri, dari i’rabnya sendiri, dari pertaliannya sendiri, atau dengan perkataan lain dengan “Quran”nya sendiri.
Insyaallah pada siri-siri seterusnya kita akan bincang Al-Quran adalah super-computer, adalah multi-dimension RDBMS. Kita akan mengkaji dari segi makna perkataan “Quran” itu sendiri, dan kenapa Allah menamakan kitab ini Al-Quran. Kita kaji dari segi susunan dan struktur ayat-ayat Quran, dan akhir sekali kita akan kaji dari segi isi kandungan Al-Quran itu sendiri, dan bagaimana Al-Quran itu sesuai sepanjang zaman dan sentiasa menjana ilmu-ilmu baru sebagai panduan hidup untuk setiap zaman.
Tempahan Buku
Buku saya bertajuk “Al-Quran Super Database System” yang menjelaskan dengan lebih mendalam dan terperinci apa yang sedang kita bincang sekarang ini adalah pada peringkat akhir, dan insyaallah dijangka siap pada bulan 5/2011 (sebelum Ramadhan 1432).
Antara lain ianya menjelaskan tentang makna perkataan “Quran” dan kenapa Allah menamakan “Al-Quran”, bagaimana Al-Quran menjelaskan segala-galanya, bagaimana sentiasa menjana ilmu, tentang “E=MC2″, tentang subliminal, tentang EM dan wireless communication, tentang bagaimana matahari naik dari Barat, dan sebagainya. Semua ini adalah hasil kajian saya sendiri (dari ayat-ayat Quran), dan tidak terdapat dalam internet, journal, buku-buku, TV/Radio, seminar, dan sebagainya.
Sesiapa yang berminat untuk membelinya atau menjadi pengedar bolehlah email kepada khalidyong@gmail.com. Harganya RM40.00/buah (tambah bayaran pos Rm10). Sila email kpd saya nama dan alamat tuan/puan, serta pembayaran kepada akaun CIMB saya.
Saya juga sedang cuba menjayakan projek “Quranpedia” atau “Tali-Allah” (hablillah), sesiapa yang ingin “menabur” untuk hari akhirat boleh menghantar sumbangan ke dalam akaun CIMB 1247-0067244-52-8 (C. Ahmad Khalid bin C. Yong).
Quranpedia/”Tali Allah”
Quranpedia atau “Tali-Allah” ialah projek ICT untuk membina “Al-Quran” berdasarkan metod Al-Quran bi Al-Quran untuk menjadi tali yang akan menyatukan fikrah dan mengukuhkan ukhwah seluruh umat Islam. Ianya akan memberi kemudahan kepada kira-kira 5 juta para pelajar sekolah di Malaysia, dan 1 bilion warga internet baik umat Islam atau bukan Islam untuk mengkaji dan menyelidik ayat-ayat Quran secara lebih dekat lagi iaitu dengan metod “Quran bi Quran”.
Insyaallah kita akan bincang lagi tentang projek Quranpedia ini selepas selesai pengeluaran buku.
Kesimpulan
Yakinlah bahawa Al-Quran adalah “super-super computer, an advanced multi-dimension relational database system” yang menjelaskan segala-galanya, yang sentiasa menjana ilmu dan petunjuk baru yang memberi kejayaan, kegembiraan, dan kemenangan kepada Umat Islam.
Ayat Yunus 10:58 adalah arahan dan suruhan Allah SWT agar umat Islam bergembira dengan kitab Al-Quran, bukannya untuk meraguinya dan mengajak orang lain meraguinya. Bahkan Al-Quran adalah lebih baik dari pelbagai kitab yang mereka sedang kumpul.
Ayat An-Nahl 16:48 menjelaskan hukum dan peraturan Allah tentang kejadian sekunder, iaitu benda terjadi dari tenaga, “matter is made of energy: E = MC2″.
Diagram “Definition Al-Quran” merumuskan beberapa perbincangan sebelum ini dengan menggunakan metod Al-Quran bi Al-Quran di mana untuk memahami ayat 16:81 haruslah difahami kahendak ayat 51:1-11 dan 16:48.
Wallahu a’lam.

0 komentar: